BMM3103-PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Friday, July 30, 2010

Minggu 3 : Jadual Spesifikasi Ujian

Jadual Spesifikasi Ujian
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Kepentingan JSU
  • dapat mengelakkan ujian dibina secara sembaranagn dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
  • dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif  pelajaran.
  • akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
  • membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
  • dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  • perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.   
Penyedian JSU 
-bentuk dan panjangnya ujian
-aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
-JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu
-pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran
-kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji
-terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu objektif dan subjektif
-penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu
-masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan

Penentuan Aras
  1. Pengetahuan
  2. Aplikasi
  3. Kefahaman
  4. Analisis
  5. Sintesis
  6. Penilaian

Wednesday, July 28, 2010

Minggu 2 : Taksonomi Bloom dan Taksonomi Krathwohl

Taksonomi Bloom (domain kognitif)
Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah pilih,terangkan,tulis semula

Penggunaan /aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data dll.

Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian, kenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah bezakan, pasti,pilih.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah bina, hasilkan, susun,kembangkan.

Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional, atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah pilih, berikan, alasan, kritikan, buktikan.


Taksonomi Krathwohl (domain afektif)
Aras taksonomi Krathwohl

Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab
dengan lengkap.

Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Friday, July 2, 2010

Minggu 1 : Konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian


KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

KONSEP PENGUJIAN
Proses atau prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

KONSEP PENILAIAN
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.