BMM3103-PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Friday, October 29, 2010

Minggu 6 : Kaedah Penilaian Bahasa

Penilaian Melalui Porfolio

* Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
* Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.


Tujuan Portfolio
Tujuan portfolio ialah untuk :

* Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
* Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.
* Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.


Kegunaan Portfolio

* Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
* Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.
* Menilai secara sumatif pembelajaran.
* Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar.


Ciri-ciri Portfolio

* Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
* Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.
* Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
* Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
* Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.


Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.

* Portfolio Kerja Harian
* Portfolio Hasil Terbaik
* Portfolio Dokumen

Portfolio Kerja Harian

* Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
* Contohnya: Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

Portfolio Hasil Terbaik

* Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
* Berbentuk sumatif
* Contohnya: Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

Portfolio Dokumen

* Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
* Contohnya: Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio

1. Sesebuah portfolio mengandungi:
2. Senarai semak yang disediakan oleh guru
3. Nota-nota yang disediakan oleh guru
4. Catatan jurnal
5. Buku log
6. Refleksi kendiri murid
7. Gambar dan foto

Kegunaan Portfolio

* Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
* Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
* Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
* Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
* Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.


Perancangan Portfolio

* Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:
* Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.
* Kenalpasti isi kandungan portfolio.
* Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.
* Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Bagaimana Portfolio dinilai

* Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
* Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
* Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.


Penilaian Melalui Pemerhatian.

* Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran

No comments:

Post a Comment