BMM3103-PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Friday, October 29, 2010

Minggu 7 : Kaedah Penilaian Bahasa

Kontrak Pembelajaran

* Perjanjian Pembelajaran
* Suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar ( individu / kumpulan )
* Dibuat secara bertulis
* Ditandatangani apabila kedua belah pihak bersetuju dengan kriteria / syarat yang disenaraikan.
* Terdapat kompromi dalam kriteria yang dikenakan
* Kriteria ditetapkan oleh guru

Kriteria-kriteria yang berkaitan

* Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan
* Bagaimana tugasan itu dilaksanakan
* Tempoh tugasan itu perlu disiapkan
* Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi kontrak tersebut

Fungsi

* Pelajar mengenal pasti & merekod
* Menetapkan objektif & matlamat pembelajaran kendiri
* Kenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut
* Tetapkan jangka masa pelaksanaan & penghasilannya
* Pamerkan bukti yang menunjukkan objektif telah tercapai
* Tentukan bagaimana & pada tahap mana pencapaian matlamat atau tugasan dinilai
* Beri peluang kepada pelajar untuk tentukan matlamat pembelajaran mengikut minat & keupayaan masing-masing


Penilaian objektif tugasan
* Guru tentukan objektif, manakala pelajar tetapkan strategi pelaksanaan
* Guru sarankan beberapa set objektif, kemudia pelajar pilih mana-mana yang difikirkan paling sesuai
* Pelajar rangka beberapa objektif, kemudian guru persetujui mana-mana yang paling sesuai
Hasil pembelajaran
* Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dan sebagainya.
* Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru

Penilaian

* Pelajar nyatakan gred akademik yang diharapkan & sistem penggredan untuk keseluruhan dalam kontrak mereka
* Guru tentukan sistem penggredan & kaedah penilaian keseluruhan proses serta hasil tugasan
* Gred terakhir boleh dibincangkan. Kompromi di antara guru & pelajar berdasarkan syarat-syarat / kriteria tertentu
* Dibuat oleh individu berkenaan & rakan sebaya

Format / bentuk

* Keperluan tugasan/kontrak boleh dibuat dalam mengikut bentuk keperluan tugasan/kontrak & pihak yang terlibat
* Sesetengah kontrak/tugasan berbentuk formal; prosedur dinyatakan dengan jelas & rapi
* Terdapat juga berbentuk tidak formal tetapi terancang & jelas

Rumusan

* KP melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya.
* Pelajar juga dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai, disamping memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat.
* Ini memerlukan pelajar tersebut berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sedar tentang hala tujunya dalam pembelajaran tersebut.

Soal Jawab

* Guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
* Guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan.
* Guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid.
* Jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula. guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.
* Tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.

No comments:

Post a Comment